Monday, 4 August 2014

Mengapa Alpine Homestay?


Alpine Homestay amat sesuai untuk mereka yang ingin bercuti ke The Lost World of Tambun kerana jaraknya hanya boleh berjalan kaki.
Ia juga berdekatan dengan Sunway College, Institute Perguruan Ipoh, Hospital Pantai serta PGA.
Jaraknya yang hanya beberapa km dari pusat bandaraya Ipoh menjadikannya sebuah homestay yang amat strategik untuk didiami.
Berdekatan dengan lebuhraya utara-selatan (PLUS), mudah bagi pengunjung yang datang dari arah utara mahupun selatan.
Bagi mereka yang gemar bersukan, X-TREME park hanya terletak bersebelahan dengan Alpine Village. Terdapat gelanggang badminton, permainan go-cart, driving range, paint ball dan banyak lagi.
Bagi mereka yang suka membeli belah, pasaraya Giant hanya terletak dalam jarak beberapa minit sahaja dari tempat penginapan. Makanan segera seperti Marry Brown dan Pizza Hut juga terdapat di situ.
Di sini juga terdapat kolam renang bagi mereka yang gemar berenang.
Alpine Homestay juga amat sesuai untuk dijadikan penempatan sementara oleh keluarga yang ingin berurusan dengan kolej, institute, hospital serta jabatan-jabatan kerajaan yang berdekatan. 

Keselamatan dan tempat letak kereta
Keselamatan para pengunjung adalah pada tahap tertinggi kerana homestay ini dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam oleh pengawal keselamatan terlatih. Tempat letak kereta terletak di dalam kawasan kawalan keselamatan.

Pakej yang disediakan di Alpine Homestay

1. Pakej penuh (sebuah rumah).
Mempunyai 3 bilik beserta 2 bilik air. Bilik tidur utama dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen serta almari, manakala 2 lagi bilik dilengkapi dengan katil single serta almari setiap satu. Bagi mereka yang gemar memasak, dapur serta kelengkapan memasak disediakan seperti periuk nasi elektrik, dapur gas, cerek elektrik, pembakar roti dan peti ais. Ruang tamu pula dilengkapi dengan tv dan sofa untuk beristirehat. Juga terdapat balkoni bagi mereka yang ingin bersantai.











Harga biasa bagi pakej penuh di sekitar kawasan ini ialah antara RM250 hingga RM300, akan tetapi kami hanya mengenakan harga promosi sebanyak RM149 sahaja untuk semalaman.


Tempahan

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat dengan menghubungi:
012-2460943 (Azam) atau 012-5709410 (Sella).